TADABBUR AL-QURAN 1.3


Intisari Ayat(Al-Baqarah 40-46)
Allah Memuliakan kaum  Bani Israel







Allah menurunkan ayat ini unutk ditujukan khas kepada Bani Israel,dalam firman-Nya, "Kenangkanlah!! segala nikmat yg Ku kurniakan kepada kamu(Bani Israel)," Sesungguhnya Bani Israel tidak bersyukur serta tidak menghargai nikmat kurniaan Allah SWT sebagai titik tolak bagi mereka menyempurnakan perjanjian Allah SWT kepada mereka supaya Allah sempurnakan perjanjian-Nya kepada Kaum Bani Isreal.


  
Asbabun Nuzul(Al-Baqarah:44)

Telah meriwayatkan Qatadah,bahawa ayat ini diturunkan berkaitan dengan Bani Israel yang selalu menyuruh orang melakukan kebaikan supaya taat dan bertaqwa kepada Allah,serta mencegah mereka berbuat maksiat kepada-Nya,akan tetapi mereka(Bani Israel) malah meninggalkan ketaatan kepada Allah dan lebih memilih mendahulukan perbuatan maksiat,..

(HR.Abdurrazzaq dan Al-Suddi.lihat ibnu Katsir:1/246 dan Tafsir al-Kabir Fakhr al-razi:1/413)

Allah juga menurunkan perintah kepada Bani Isreal dalam ayat ini,..:-
  1. Mendirikan solat 
  2. Mengeluarkan zakat 
  3. Rukuklah bersama jemaah.
  4. Jangan menyuruh orang melakukan kebaikan sedang kamu tidak melakukan kebaikan tersebut.
  5. Mintalah pertolongan dengan jalan SABAR dan kerjakan SOLAT.
    Solat itu berat kecuali kepada mereka yg khusuk... 

Intisari Ayat(Al-Baqarah:47-48)
"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat yang telah Aku kurniakan kepada kamu dan (ingatlah) bahawa Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas yang ada pada zamannya.)"
~Al-Baqarah:47~
Allah menurunkan ayat ini juga untuk membuktikan bahawa Allah SWT telah meletakkan kaum Bani Israel adalah kaum yang terbaik dalam kalangan kaum-kaum yang lain.Allah berpesan kepada Bani Israel supaya,'Peliharalah diri kamu semua pada Hari Kiamat di mana tiada seorang pun dapat melepaskan orang lain dan balasan azab dan tidak diterima daripada seorang kafir yang dipanggil 'syafaat','tebusan' dan sesungguhnya mereka tidak dapat menghulurkan bantuan.




Intisari Ayat(Al-Baqarah:49-57)

Ketika Bani Israel dibelenggu di bawah kekejaman Firmaun tentera-tenteranya.Mereka diseksa steruk-steruknya,..Anak lelaki mereka disembelih dan anak perempuan mereka dibiarkan hidup.....Sesungguhnya Allah SWT cuba memberi dugaan kepada mereka.

Ketika Nabi Musa A.S membawa Bani Israel menyeberangi laut merah lalu Allah SWT membelahnya bagi memudahkan penghijrahan Nabi Musa dan umatnya Bani Israel...Setelah mereka selesai menyeberangi laut t'sebut,..bala tentera Firaun habis ditelan air laut tatkala Allah  mencantumkan semula belahan air laut tadi..dan ingatlah wahai kaum Bani Israel bahawa Allah telah menyelamatkan kamu daripada belenggu Firaun,..


Apabila Musa menerima Kitab Taurat selama 40 malam lamanya,...Bani Israel telah mensyirikkan Allah dengan menyembah patung anak lembu tatkala ketiadaan Nabi Musa A.S...Walaupun begitu,Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...telah mengampunkan mereka.Bani Isarel mula t'sedar seusai Musa kembali membawa taurat.

Lalu memerintahkan orang2 yang beriman kepada Allah SWT untuk membunuh mereka2 yang masih menyembah patung anak lembu t'sebut,kerana Allah masih membuka pintu taubat kepada mereka sekiranya mereka berfikir...

Ketika Bani Israel menyatakan tidak mempercayai kewujudan Allah kepada Nabi Musa.....sekiranya Allah sendiri tidak menunjukkan (wajah asal) dirinya kepada mereka,..maka kerana itulah Bani Israel disambar petir. Kemudian." Allah telah membangkitkan mereka semua dan sesudah kamu semua mati ,supaya kamu bersyukur.(atas nikmat Allah)." lalu Allah menaungi mereka dengan awan yang nipis (sebagai pelindungdari panasnya Padang Pasir Tieh ) dan Allah kurniakan makanan kepada Bani Israel makanan 'Manna'(cairan kental dan manis spt madu) dan 'Salwa'(sejenis burung puyuh).Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Readers