TADABBUR AL-QURAN 1.3


Intisari Ayat(Al-Baqarah 40-46)
Allah Memuliakan kaum  Bani Israel







Allah menurunkan ayat ini unutk ditujukan khas kepada Bani Israel,dalam firman-Nya, "Kenangkanlah!! segala nikmat yg Ku kurniakan kepada kamu(Bani Israel)," Sesungguhnya Bani Israel tidak bersyukur serta tidak menghargai nikmat kurniaan Allah SWT sebagai titik tolak bagi mereka menyempurnakan perjanjian Allah SWT kepada mereka supaya Allah sempurnakan perjanjian-Nya kepada Kaum Bani Isreal.


  
Asbabun Nuzul(Al-Baqarah:44)

Telah meriwayatkan Qatadah,bahawa ayat ini diturunkan berkaitan dengan Bani Israel yang selalu menyuruh orang melakukan kebaikan supaya taat dan bertaqwa kepada Allah,serta mencegah mereka berbuat maksiat kepada-Nya,akan tetapi mereka(Bani Israel) malah meninggalkan ketaatan kepada Allah dan lebih memilih mendahulukan perbuatan maksiat,..

(HR.Abdurrazzaq dan Al-Suddi.lihat ibnu Katsir:1/246 dan Tafsir al-Kabir Fakhr al-razi:1/413)

Allah juga menurunkan perintah kepada Bani Isreal dalam ayat ini,..:-
  1. Mendirikan solat 
  2. Mengeluarkan zakat 
  3. Rukuklah bersama jemaah.
  4. Jangan menyuruh orang melakukan kebaikan sedang kamu tidak melakukan kebaikan tersebut.
  5. Mintalah pertolongan dengan jalan SABAR dan kerjakan SOLAT.
    Solat itu berat kecuali kepada mereka yg khusuk... 

Intisari Ayat(Al-Baqarah:47-48)
"Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat yang telah Aku kurniakan kepada kamu dan (ingatlah) bahawa Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas yang ada pada zamannya.)"
~Al-Baqarah:47~
Allah menurunkan ayat ini juga untuk membuktikan bahawa Allah SWT telah meletakkan kaum Bani Israel adalah kaum yang terbaik dalam kalangan kaum-kaum yang lain.Allah berpesan kepada Bani Israel supaya,'Peliharalah diri kamu semua pada Hari Kiamat di mana tiada seorang pun dapat melepaskan orang lain dan balasan azab dan tidak diterima daripada seorang kafir yang dipanggil 'syafaat','tebusan' dan sesungguhnya mereka tidak dapat menghulurkan bantuan.




Intisari Ayat(Al-Baqarah:49-57)

Ketika Bani Israel dibelenggu di bawah kekejaman Firmaun tentera-tenteranya.Mereka diseksa steruk-steruknya,..Anak lelaki mereka disembelih dan anak perempuan mereka dibiarkan hidup.....Sesungguhnya Allah SWT cuba memberi dugaan kepada mereka.

Ketika Nabi Musa A.S membawa Bani Israel menyeberangi laut merah lalu Allah SWT membelahnya bagi memudahkan penghijrahan Nabi Musa dan umatnya Bani Israel...Setelah mereka selesai menyeberangi laut t'sebut,..bala tentera Firaun habis ditelan air laut tatkala Allah  mencantumkan semula belahan air laut tadi..dan ingatlah wahai kaum Bani Israel bahawa Allah telah menyelamatkan kamu daripada belenggu Firaun,..


Apabila Musa menerima Kitab Taurat selama 40 malam lamanya,...Bani Israel telah mensyirikkan Allah dengan menyembah patung anak lembu tatkala ketiadaan Nabi Musa A.S...Walaupun begitu,Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...telah mengampunkan mereka.Bani Isarel mula t'sedar seusai Musa kembali membawa taurat.

Lalu memerintahkan orang2 yang beriman kepada Allah SWT untuk membunuh mereka2 yang masih menyembah patung anak lembu t'sebut,kerana Allah masih membuka pintu taubat kepada mereka sekiranya mereka berfikir...

Ketika Bani Israel menyatakan tidak mempercayai kewujudan Allah kepada Nabi Musa.....sekiranya Allah sendiri tidak menunjukkan (wajah asal) dirinya kepada mereka,..maka kerana itulah Bani Israel disambar petir. Kemudian." Allah telah membangkitkan mereka semua dan sesudah kamu semua mati ,supaya kamu bersyukur.(atas nikmat Allah)." lalu Allah menaungi mereka dengan awan yang nipis (sebagai pelindungdari panasnya Padang Pasir Tieh ) dan Allah kurniakan makanan kepada Bani Israel makanan 'Manna'(cairan kental dan manis spt madu) dan 'Salwa'(sejenis burung puyuh).Wallahualam

TADABBUR AL-QURAN 1.2



Intisari Ayat(Al-Baqarah:31-35)

Malaikat Sujud memuliakan Nabi Adam A.S...




Setelah Adam diciptakan,Allah SWT telah memerintahkan para malaikat agar sujud kepada Adam sebagai suatu kemuliaan,..Maka para malaikat pun sujud mentaati arahan Allah SWT kecuali Iblis,sebagaimana Firman-Nya yg bermaksud:"Dan ingatlah ketika,kami berfirman kepada Malaikat untuk sujud kepada Adam ,mereka sujud kecuali Iblis,..enggan dan tkabbur malah ia t'masuk dalam golongan orang yg kafir,.."




Perkara t'sebut disebut oleh Allah SWT mlalui Firman-Nya dalam surah Al-Hajj :29 yg b'maksud: "Kemudian apabila Aku sempurnakan kjadiannya dgn mniupkan padanya Roh,..daripada(ciptaan ) Aku,..maka hendaklah kamu sujud kepadanya..."






Menurut firman Allah SWT(Al-Baqrah:30-35) yg b'maksud:


  "(Setelah selesai kejadian Adam) ,maka sujudlah malaikat semuanya,mlainkan iblis ,..ia enggan trut bersama sujud ,..


Allah SWT b'firman yg bermaksud:" Hai IBLIS!! apa sebabnya engkau tidak trut serta bersama sujud kepada Adam??
IBLIS menjawab:"Aku tidak patut sujud kepada (Adam)manusia yg Engkau jadikannya daripada tanah liat yg kering,yg berasal daripada tanah yg kental yg berubah-ubah warna dan baunya,.."


Lalu Allah berfirman :"Kalau demikian,keluarlah engkau daripadanya(syurga),...Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat(kutukan) terus-menerus hingga hari Kiamat,.."

Allah SWT juga memuliakan Adam A.S sbagai makhluk yg diangkat darjatnya dgn mengajarkan nama2 sesuatu benda,...Dalam hadis yg lain menyatakan bahwa Adam A.S disuruh untuk menyebut nama-nama suatu perkara satu demi satu, "Kau Jibrael,Mikael,Israfel,...Burung Gagak.". Sedangkan hal ini tidak diketahui oleh para malaikat dan ssungguhnya Allah itu maha Kuasa lagi Maha Mengetahui,..



Berkaitan Ayat 35,Al-Baqarah..dalam firman-Nya yg menyebut,"Wahai Adam! Tinggallah enkau dan isteri engkau di dalam syurga,..Dan mkanlah spuas-puasnya apa yg kamu sukai,..!"
Menurut Ibn Ishaq,..ketika  Adam tidur berseorangan lalu Allah mengambil spotong salah satu tulang rusuk kiri Adam A.S lalu dibalutnya dgn gumpalan daging lalu terciptanya Hawa sebagai teman sehidupnya di syurga dan dikatakan apabila Adam terjaga dari lamunan lantas menoleh ke sisinya,Adam berkata,"Dagingku,darahku,..isteriku." Maka Allah memutuskan Adam dan Hawa tinggal bersama di syurga yg sementara,...

IntisariAyat(Al-Baqarah 35-39)

Iblis telah memperdayakan Adam dan isterinya supaya menghampiri pokok(dilarang Allah) lalu memakan buah yg ada pada pokok t'sebut...Sebagaimana firman-Nya yg bermaksud," jgn engkau hampiri pokok ini," namun,Adam telah mengingkarinya arahan tersebut lalu dicampakkan ke Bumi.Allah telah mengeluarkan mereka berdua dari segala nikmat yg mereka kecapi selama ini,..Allah juga b'firman bahawa "Sebahagian(keturunan) dari kalangan kamu akan menjadi musuh bagi sebahagian(keturunan) yg lain." Di bumi juga disediakan kesenangan serta tempat kediaman (tetapi untuk)sehinnga  waktu yg ditentukan,..
Akibat keingkaran Adam t'hadap perintah Allah SWT,Adam berusaha m'ucapkan kalimah2(doa taubat yang diberi oleh Allah) kepadanya untukmensucikan dosa-dosanya,sebagaimana Allah itu Maha Pengampun kepada hambanya,Dia telah menerima taubat Adam dan percayalah bahawa peristiwa ini hanyalah sebagai titik tolak penyebab Adam diturunkan ke Bumi...Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui lagi Maha Merancang.

Allah juga menyatakan bahwa barangsiapa yg mengikuti petunjuk-Nya tidak akan berasa kebimbangan dan kedukacitaan (di bumi dan akhirat).Kepada orang kafir yg mendustakan keterangan Allah SWT mereka cuma menempah tiket ke neraka dan kekal di dalamnya buat selama-selamanya...






TADABBUR AL-QURAN 1.1


Intisari Ayat(Al-Baqarah:19-20)

Akibat sikap serta p'buatan mereka spt tuli,buta dan sbgainya ttg ketauhidan Allah,...mereka diibaratkan seperti Orang yg ditimpa hujan b'serta pancaran kilat,....Ketika sahaja kilat hmpir menyabar pandangan mereka, mereka 'cepat-cepat berjalan dalam kegelapan menerusi bantuan cahaya kilat sambil meyumbat telinga mereka dgn jari supaya tidak mendgarnya lalu selamat drpd disambar petir'.Namun begitu,..Ketika kilat berhenti memancarkn cahayanya,...Mereka juga berhenti daripada berjalan  kerana hakikatnya mereka (memerlukannya) demi kpentingan mereka shaja.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas sesuatu,..Dan Allah berhak dan berkuasa mencabut nikmat pengihatan serta pendengaran ke atas golongan Munafik ini jika Allah berkehendaki,...

Asbabun Nuzul(Al-Baqarah:19-20)

Ayat ini diturunkan untuk memberi perumpamaan kepada 2 orang munafik di Madinah ditimpa hujan yg balik menemui Rasulullah SAW lalu memeluk islam.Allah m'beri preumpamaan 2 org munafik sama spt MUNAFIK MADINAH  yg pada ketika itu menutup telinga mereka apabila menghadiri majlis Rasulullah SAW,supaya segala (kalimah-kalimah)kata2 Baginda tidak meresap ke dalam jiwa sanubari mereka,..Namun begitu,..jika terdapat harta rampasan atau kemenangan di pihak Islam,Mereka berkata: "Memang benarlah ajaran yg dibwa olehmu wahai Muhammad!!!"

Dan apabila harta2 mereka habis atau rosak(menanggung krugian) atau ditimpa malapetaka,.. mereka akan kembali kepada golongan Musyrik dan menyatakan penafian ttg ajaran agama Muhammad,..Meraka mgutuk muhammad,..

Intisari Ayat(Al-Baqarah:21-25)

Beribadatlah kepada Allah lalu sembahlah Dia(m'ciptakan orang2 yg b'taqwa sebelummu)....Dia menciptakan Bumi lalu menurunkan air hujan dari langit,..m'gurniakan rezeki dgn limpahan makanan spt buah-buahan. Jgnlah sesekali mencuba menandingi kekuasaan Allah dgn membuat ayat-ayat( satu surah) semisal dgnnya untuk meragukan (al-Quran)...yg kami turunkan kpada Muhammad,..

Tetapi jika kamu beria-ria ingin meneruskan niatmu,..(pastinya) kamu tidak mampu,maka tkutlah api neraka dan azab seksa yg dasyat lagi pedih dan bahan bakarnya adalah dalam kalangan manusia dan batu buat orang2 kafir,..

Lantas,kbarkan berita gembira kepada org2 beriman yg mbuat kebajikan bahwa disediakan untuknya syurga yg dibwahnya trdapat sugai2 yg mgalir bersama pasangan2 yg suci di dalamnya,...Kekal bersama selamanya.

Intisari Ayat(Al-Baqarah:26)

Allah tidak segan silu m'buat perumpamaan dan perbandingan,..(refer intisari ayat2 sebelumnya) atau perbandingan yg lbih kcil lagi spt nyamuk mahupun lbih kecil daripadanya,..Orang2 beriman tahu akan hakikat kebenaran daripada Tuhan.Sebaliknya,pihak musyrikin tidak m'percayainya,..Tetapi tidak ada Dia sesatkan dgn( perumpamaan) itu selain orang2 yang fasik...
Intisari Ayat(Al-Baqarah:27-29)

Allah lah yg mghidupkan dan mematikan kenapa mahu ingkar kepada-Nya...Dialah(Allah) yg m'ciptakan segala apa yg ad di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit,lalu Dia meyempurnakannya mjadi 7 langit,...Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu...

Intisari Ayat(Al-Baqarah:30)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu b'firman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah" di muka Bumi.Apakah Engkau mjadikan orang yg merosakkan dan saling menumpahkan darah,...Sedangkan kami(malaikat) bertasbih memuji-Mu dan menyucikan  nama-MU...?" Allah membalas,"Sungguh Aku mengetahui ap yg tidak kamu ketahui."



Ayuh Renung sjenak!!!


TADABBUR AL-QURAN


(surah al-baqarah : ayat 1-18),..Insya-ALLAH...

بسم الله الرحمن الرحيم

Intisari Ayat (Al-Baqarah:2-5)

 Diturunkan Al Quran kepada orang yg beriman serta bertaqwa sbg ptunjuk/rujukan manual dalam melayari hidup har demi hari,... Dalam kalangan orang yg beriman serta bertaqwa adalah mereka yg "memahami" serta beriman dengan Rukun Islam & Rukun Iman,...

Asbabun Nuzul (Al-Baqarah:2-5) 

Telah menjelaskan Mujahid bahwa 4 ayat pertama t'sbut tlah diturunkan utk menerangkan sifat2 dan perilaku orang2 mukmin.Lalu 2 ayat stelahnya ttg sifat2 orang2 kafir,..ayt 13 ttg sifat orang Munafikdan dari ayt 40-120 ttg Bani Israel,..(HR Faryabi dari Ibn Jarir,Al-Durrul Manstur:1/54)

Intisari Ayat (Al-Baqarah:6-7)

Perintah Ayat Al-Quran yg menyatakan Orang kafir,"(yang x beriman) sama ada yg diberi amaran atau tidak diberi amaran pastinya mereka tidak akn beriman,... Allah meteraikan( hati mereka) daripada menerima kebenaran, meterai(pandangan mereka )  shnnga tidak dapat menerima nasihat,..serta Allah meteraikan pada pandangan mereka terdapat pnutup supaya dia tidak melihat kbenaran,..NauzubiLLah Himinzalik,....

 Asbabun Nuzul (Al-Baqarah:6-7)

Tetapi ayat ini ditujukan khas kepada Kaum Yahudi yang pada masa itu berada di Madinah,...(Hadith sahih, HR Ibn Jarir dan Ibnu Ishaq )

Intisari Ayat (Al-Baqarah:8-18)

Di antara manusia (<Munafik> katanya beriman kepada Allah dan Hari Akhirat) pdahal BUKAN!!!
Mereka hendak memperdayakan Allah serta org2 yg beriman,..
(Munafik,...) dalam hati mereka hnya terdapat hasad dengki dan syak wasangka dan ssungghnya golongan ini tlah dijanjikan oleh Allah SWT berdepan dengan azab seksa yg pedih skali,...kerana MEREKA BERDUSTA.

Apabila dikata,jgn melakukan kerosakan di muka Bumi.Lalu mereka menjawab,"Kami melakukan kebaikan LARRrrhhhh!!!,.." hakikatnya TIDAK!!!

Apabila dikatakan berimanlah sebagaimana orang yg tlah beriman(para shabat NAbi SAW),mereka menjawab:Perlukah Kita nie,..beriman sebagaimana (Para Sahabat)Orang-orang BODOH Beriman??

APABILA BERTEMU DGN ORANG YG BERIMAN MEREKA BERKATA:sesungguhnya kami telah beriman,.. Namun begitu,apabila sekembalinya mereka kepada teman2 serta pemimpin2 mereka mereka berkata,: "Mana Ada!!Kita masih lagi dalam agama kita,..Kita orang cume berolok-olok b'iman ajelah,..(utk menipu org yg beriman.)  

Ayat (Al-Baqarah:17)

Allah membuat perbandingan lansung kepada orang Munafik dgn orang yg menyalakn api,..Tiba2 Allah telah memadamkannya api t'sbt yg menerangi mereka dalam kegelapan lalu membiarkan mereka dalam gelap-gelita(kesesatan) supaya mereka tidak melihat,..

Dengar sini semua الرجال !!!!


Tha'labah Pemuda Syurga



Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.


"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."


Rintihan Tha'labah


Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."


Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Ghulam


Dari Suhaib bahawa Rasulullah saw. pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut, “Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik)*[1] yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku”. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah), jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.”


Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa)* yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib”. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang lain.” Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya)*. Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata padanya; Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentangku.Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut; semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.
Budak berkata kepadanya:“Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu. Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya; "Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?" Kata pembesar tersebut: "Tuhanku". Raja sangat marah dan mengatakan: "Ada ke tuhan lain selain dariku??. Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini”.


Lalu budak itu menjawab, “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah." Lalu ia pun ditangkap dan terus di siksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan siksaan).Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak.Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji, tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi. Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata, “Balik semula kepada agama asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: "Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dan atas bukit tersebut." Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah:"Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki." Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya; "Mana dia kawan-kawanku?" jawab budak: "Allah telah menolongku menghadapi mereka." Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: "Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan dia ke dalam laut."
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: Mana kawan-kawanku? Jawab budak: "Allah telah menolongku menghadapi mereka." Lalu budak tersebut berkata kepada raja: Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: Apa dia? Kata budak: "Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dan panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku."


Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: "Dengan nama Allah, tuhan budak ini." dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia.(Tiba-tiba orang ramai berkata: Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui.)* “Kami percaya kepada tuhan budak ini”.Raja menjadi kelam kabut dan dikatakan kepadanya, “Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.” Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: Wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran !


Hadis Riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq) Tarmizi (No. 3263 Kitab Tafseer Al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis di sebutkan oleh Imam An-Nawawi dalam Kitab Riyadhus-Solihin di bawah Bab Sabar.
m
Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Saiyidina Omar ra. telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. ALLAHUAKBAR!!
*[1] di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada di dalam riwayat Tarmizi.
sumber : buku Ghulam Dakwah, oleh Thoriq Ahmad.

bertabahlah..



Khusus buat hati-hati yang inginkan tarbiyyah. . .

Study_Circle Ku 2.0

'Beginilah Hati apabila DiTaRBiaH',..

Sesekali Hati mengeluh dengan kepayahan bersama kesusahan terasa pedih dan rapuh,...

Sakitnya seperti Tiada Hati lain yang mampu mengerti...
Namun adakah kita sedar bahwa ia adalh ujian dari Allah,...

Kepayahan itu sesungguhnya adalah 1bentuk tarbiah-Nya kepada hati kita.

Pernah HATI bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya???

Duhai Hati ,janganlah t'korban dengan dunia!!




PERSAHABATAN,..

Menjalin persahabatan cara Rasulullah
KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib.
Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga
terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda
bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat
sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (Hadis riwayat al-
Baihaqi).

Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan
dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk
Syurga, katanya: "Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau
telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah
membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku
ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika
hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar
apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang
dibuat olehmu.”

Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali. Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: "Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu
diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi
mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau
kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin
membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." (Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya :
• Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman Sabda Baginda bermaksud:"Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang
yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa."
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

• Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya." Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka
perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." (Hadis
riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

• Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar Ubadah Ibn As-Samit berkata: “Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya
dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan
merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.

Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut
akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana
Allah.” (Hadis riwayat Muslim).

• Membantu kawan ketika kesempitan Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim dengan
Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak
mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa
yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan
melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan
sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada
hari kiamat." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

INTIPATI Mencari sahabat sejati • Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama.
• Mempunyaii kawan yang baik mampu membimbing kita ke arah kebaikan.
• Sahabat hendaklah dicari daripada kalangan orang beriman dan bertakwa.
• Sahabat yang mempunyai perangai dan akhlak yang buruk hendaklah dijauhi.

(sumber: berita harian)
http://www.scribd.com/doc/7931376/Menjalin-Persahabatan-Cara-Rasulullah

SEJARAH

Ini Seerah KITA
Kita suka dengar cerita
Kita suka baca novel
Dan kita suka tengok TV

Sebab kita seronok mendengar cerita

Tapi pelik betul,
bila orang ajar kita sejarah
Kita dengar tapi kita malas ambil perhatian
sejarah dibelajar setakat untuk lulus peperiksaan
tapi untuk masuk dalam hati
untuk direnung ambil pelajaran
kita tak pernah terfikir sejauh itu
Pada kita, sejarah terlalu berlalu,
buat apa mahu dikenang-kenang?
Mulakan kehidupan baru pada hari mendatang!

Itulah satu kesilapan kita!
Satu ketetapan Allah,
Jika tanpa oksigen manusia akan mati,
Begitu juga, jika tanpa iman, Islam takkan bangkit semula!

Kita tengok diri kita sekarang, dan kita imbau sejarah lampau
Kita akan tahu dan sedar,
Kenapa Islam boleh jadi lemah sekarang,
dan bagaimana dahulu islam mampu memimpin sebuah empayar!

Kita belajar dulu
Rasulullah susah-susah nak sampaikan Islam
13 tahun kat Mekah cuma 313 orang sahaja patuh kata baginda
Kita tahu juga
Orang Islam zaman sahabat dulu selalu disiksa
Selalu dipukul dan dihina
semata-mata kerana mereka sayangkan aqidah mereka

Setelah itu apa yang berlaku pada mereka?
Mereka jadi kuat
Jiwa mereka kebal
Iman mereka mantap
Jihad mereka tidak boleh dikalahkan
Di ketika itu kalimah Allah ada di mana-mana
Kerana Islam mengajar mereka,
'Serulah manusia kepada Allah...!!

bergegarlah kaki-kaki mereka dan berderaplah langkah kuda-kuda mereka
berlari-lari menyampaikan kalimah haq
sehinggalah,
Mereka mampu meruntuhkan Empayar Rom
Mereka mampu menjelajah sepertiga dunia
mereka menjadikan Islam sebagai orde baru dunia!

Tapi
Setelah kekayaan melimpah ruah
Setelah kekuasan berleluasa
Ketika itu zaman kegemilangan Islam
Ulama Islam muncul bagaikan cendawan subur
Sumber Ilmu berada di hujung jari sahaja
Tapi lihat apabila Al-Quran dilupakan
Apabila kemewahan menjadi idaman
Apabila jihad menjadi slogan yang tidak diamalkan
Bangsa kuffar mula mengaum kencang
Menjilat dan membaham kita yang sedang jatuh leka

Dan ketika itu,
di saat kelekaan,
mereka mula melancarkan peperangan mereka,
Setelah mereka kalah di Khaibar,
kalah di medan Perang Salib
dan kalah di konstatinople,
mereka bangkit menentang kita habis-habisan

sehinggalah khilafah kita jatuh
dengan dahsyatnya
sehinggga manusia bernama Islam tidak menyedari
bahawa tahun 1924
adalah tahun kematian umat Islam

Tidakkah kita belajar dari sejarah?
Mengapa kita boleh jadi demikian?
Bagaimana satu empayar yang hebat,
yang bertahan selama 1400 tahun yang lampau
hanya boleh jatuh dengan sekelip mata?
Tidakkah itu satu kepelikan?

Tentu tidak jika kita menoleh pada sejarah

Kerana sejarah melabuhkan tinta
Salahudin adalah orang yang tak pernah tinggal tahajudnya
ketika beliau berjaya membebaskan baitul maqdis
Muhamad Al-Fateh orang yang tak pernah tidur
memikirkan bagaimana untuk menawan Konstatinople
Abu Bakar, Umar, Ali, Ustman, Saad Abu Waqqas,
yang hari-hari mereka tidak pernah kering
dari bacaan Quran, dan telaah ilmu dengan Rasulullah.
Hasilnya mereka berjaya menjadi manusia perkasa!

Tapi apabila kita tidak seperti mereka,
di ketika dunia mengelabui mata kita,
di ketika itu saat iman makin melemah,
dan di saat itulah zaman kehancuran kita!

Dan jika perhatikan mengapa di ketika ini kedudukan kita adalah sangat terhina,
Ini adalah kerana
sejarah tak pernah masuk ke dalam hati kita
dan kita tak pernah belajar dari sejarah

Kerana sejarah mengajar kita
untuk membangunkan satu bangsa
untuk melonjakkan sesuatu ummah
Ia bermula dari persoalan mendasar yang sangat agung
iaitu kembali kepada sumber terulung
Quran dan Sunnah yang dipelajari dengan hati yang bersungguh-sungguh!
Serta mengikut jejak Rasul,
bagaimana baginda mampu mendidik
generasi para sahabat baginda yang agung!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Readers