Pokok yang satu


Pokok yang satu itu, tidak berbunga tahun ini. ketika yang lain berwarna cerah, ada yang merah, kuning, ungu, hijau, dia berdiri tegak keperangan. sebelum ini, tidak pula dia sebegitu. sebelum ini, dia juga berbunga seperti yang lain. tahun ini, pokok yang satu itu tidak pula berbunga.
tatkala pepohon lain mendekati, bertanyakan khabar, “wahai pokok yang satu, adakah kau sakit? adakah engkau ditimpa selsema perubahan musim, atau ada parasit yang menghisap nutrienmu?” lalu, pohon yang satu itupun berkata, “tidak, aku tidak sakit. namun aku sudah tidak sanggup lagi berbunga. diriku merasa pedih apabila unggas-unggas menghisap maduku setiap hari. apabila aku mengeluarkan buah, anak-anak kecil akan membalingku dengan batu. ada juga tupai dan tikus yang memakan buahku. dan apabila tiba masanya, seluruh tubuhku akan merasa penat menggugurkan daun-daun pada musim luruh.”
tingkah pokok yang satu itu membuatkan pepohon yang lain berpecah berbahagi. ada yang tidak bersetuju dengan pandangan pokok yang satu itu. ada pula yang bersetuju. ada pula sebilangan pepohon yang masih muda yang ingin mengikuti langkah-langkah pokok yang satu itu. kata mereka, “kami tidak suka dipaksa-paksa. bukankah menjadi sebuah pokok ini sepatutnya mudah. buat apa hendak disukarkan?”
dan pokok yang satu itu tidak berbunga.
tiga tahun selepas itu…
sudah tiga tahun pokok yang satu itu tidak berbunga. batangnya yang dahulunya perang kini berwarna kelabu kehijauan tanda diserang kulat. akarnya yang dahulu kukuh mencengkam bumi kini sudah terlalu lemah untuk menampung dirinya. jika tidak kerana beberapa batang dahan yang masih tinggal, sudah pasti pokok yang satu itu menjadi tunggul sahaja.
maka, datanglah sebuah pokok yang besar dan hijau kepadanya. dari rupa dan gayanya, tampak bahawa dia adalah sebuah pokok yang matang dan agak tua, namun masih kuat berdiri. dan pokok yang tua itu berkata,
“wahai pokok yang satu, bagaimana hidupmu? sihatkah atau sedang ditimpa kesakitan?”
“wahai pohon tua, adakah engkau tidak melihat diriku? tidakkah kau lihat bahawa aku sedang menderita sakit?”
“aku tahu dan aku sedar. dan aku bersimpati dengan dirimu. adakah kau tahu kenapa diri sebegini, wahai pokok yang satu?”
“tidak. aku tidak tahu. adakah kau tahu mengapa aku menjadi sebegini wahai pohon tua?”
“sakitmu ini pernah aku lihat sebelumnya. sebenarnya kamu telah mati sebelum ajalmu tiba!”
“bagaimana aku boleh mati sebelum ajalku tiba? bukankah aku masih lagi bernafas dan boleh lagi bercakap sekarang?”
sambil tersenyum, pohon yang tua itu berkata, “ya, kamu masih lagi hidup sekarang. namun, kamu hanya hidup pada luarannya sahaja. lihatlah ke dalam hatimu, bukankah hatimu terasa seakan-akan kosong?”
sambungnya, “kehidupan bukan hanya dinilai melalui nafas atau percakapan. kita perlu ingat bahawa kita ada tujuan hidup yang telah digariskan oleh sang pencipta.”
“seperti berbunga dan berbuah?”
si pohon tua itu tersenyum.
“tetapi aku merasa sakit setiap kali unggas menghisap maduku, anak-anak kecil membaling batu padaku, dan angin luruh merentap daunku.” kata pokok yang satu itu.
“dan apabila kau tidak berbunga, berdaun dan berbuah, adakah kau tidak merasa sakit?”
pokok yang satu itu terdiam.
“ya, memang kita akan merasa sakit setiap kali makhluk lain mengambil manfaat dari kita. namun, kesakitan itulah yang membuatkan kita hidup. tidakkah kau merasa gembira tatkala unggas berkicau mesra kerana kemanisan madumu, anak-anak kecil riang setelah kau suap mereka dengan buah-buahan, dan pokok-pokok muda mendapat khasiat dari daun yang kau gugurkan? erti hidup kita bukanlah untuk bergembira. erti hidup adalah memberi, dan dengan memberi, lahirlah kegembiraan.”
pokok yang satu itu masih terdiam. namun, dari rupanya itu, terpancar cahaya kesedaran.
lalu pohon tua itu berkata, “apapun pilihanmu adalah pilihanmu sendiri. di sini aku ingin ucapkan terima kasih.”
dan pohon tua itupun beredar.
dan pokok yang satu itu berbunga tahun ini.

Deru Angin Dublin
2nd year medical student in rcsi. in love with chocolate.

Salma AL-Farisi


Kisah SALMAN AL-FARISI Mencari Kebenaran



Salman Al-Farisi(Salman the Persian) yang terkenal dengan sifat kepahlawanannya serta kisah pengislamanya yang membawa kepada era perubahan peradaban yang unggul. Kisah Salman diceritakan langsung kepada seorang sahabat dan keluarga dekat Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abbas:

Salman dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan cara hidup nenek moyang mereka yang beragama Majusi.Punyai seorang ayah yang kaya serta cukup prihatin terhadap dirinya.Namun begitu,bagi seorang insan yang bernama Rouzbeh (Salman) perkara itu masih tidak dapat melengkapi ruang kekosongan hatinya yang telah lama terkunci dalam kekeliruan yang mencengkam.
Kotak kekeliruan hati Salman akhirnya terbongkar apabila Salman ditakdirkan tertarik dengan agama Nasrani yang dilihatnya lebih baik daripada agama nenek moyangnya. Serentak, memaksa ayahnya mengurung Salman dirumah seperti penjara. Salman peroleh pertolongan oleh sang Pendeta Nasrani melalui perutusan surat berkehendak meminta diajak pergi bersama kabilah Arab yang menuju ke destinasi yang satu iaitu Suriah.

Seusai sampai ke Suriah,Salman diperkenalkan seorang Pendeta Gereja kepadanya. Beliau berfikir bahawa ia merupakan rancangan yang bagus kerana dengan berdamping dengan pendeta dia mampu untuk menghayati agama Nasrani dnegan lebih mendalam.Namun begitu,..di sebalik hakikat yang sebenar,Allah SWT telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk hambanya itu,..sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik Perancang.



Dalam kekaburan mencari hakikat sebenar,Salman telah menemukan kebenaran bahawa Sang Pendeta merupakan seorang yang tidak amanah lagi tidak boleh dipercayai.Setelah Sang Pendeta korupsi tersebut meninggal dunia,Salman AL-Farisi membongkarkan segala rahsia penyelewengan harta rakyat yang dilakukan oleh Sang Pendeta semasa hidupnya dengan menunjukkan buktinya sekali,..

Salman mengambil kata putus untuk meninggalkan Suriah bagi mencari orang yang Soleh demi memburu kebenaran hakiki di Mosul, Nisibis, dan tempat-tempat lainnya.Menurut Pendeta terakhir bahawa di tanah Arab telah muncul seorang Nabi yang punyai akhlak yang murni,memiliki kejujuran,yang tidak memakan sedekah untuk diri sendiri serta membawa agama yang murni dan lengkap.




Sinar Islam kembali menerangi Kotak kekeliruan yg diselubungi kegelapan.

Oleh demikian itu, Salman menyusuri perjalanan ke negeri padang pasir yang penuh dengan kejahilan,kezaliman dan penduduknya yang berperangai seperti haiwan malah lebih teruk daripadanya.Salman mengikuti para pedagang dari Bani Kalb, dengan memberikan harta yang dimilikinya. Para pedagang itu setuju untuk membawa Salman. Namun ketika mereka tiba di Wadi al-Qura (tempat antara Suriah dan Madinah), para pedagang itu mengingkari janji dan menjadikan dia budak suruhan, lalu menjual dia kepada seorang Yahudi.
Allah maha Perancang lagi maha Mengetahui,akhirnya ketika Salman tiba di Yathrib(Madinah ketika itu) dan bertemu dengan rombongan hijrah dari Mekah ketika itu.Dengan takdir yang Maha Esa,Salman AL-Farisi dipertemukan dengan Rasulullah SAW sendiri dan lebih mengejutkan lagi, bukan sahaja bertemu dengan baginda malah ditebus lalu baginda,Rasulullah SAW sendiri yang menjadi pembimbing Salman dalam mencari kebenaran hakiki,…Sungguh tidak disangka-sangka impian yang pada mulanya ingin bertemu dengan baginda SAW telah menjadi kenyataan lalu ditambah dengan kesanggupan Rasulullah menjadi guru SALMAN AL-FARISI..Subhanallah…
Sungguh baik Engkau ya, Allah…

Kepahlawanan SALMAN al-FARISI

Kepahlawan “Salman The Persian” terselah dalam ekspedisi menentang Kaum Quraisy dalam Perang Khandak apabila beliau telah mengusulkan idea yang bernas untuk menggali parit dalam usaha meindungi Kota Madinah daripada tentera Quraisy seramai 10,000 orang yang dipimpin oleh Abu Sufyan. Perang ini juga melibatkan Bani Quradhzah dan penganut Yahudi  yang secara tidak lansung memberi ancaman  dari dalam kota Madinah sendiri.

Dalam kekecohan yang melanda,Rasulullah SAW meminta pendapat para sahabat dalam menangani ancaman musuh dari dalam dan luar kota.Setelah bermusyawarah akhirnya idea dan saranan Salman Al Farisi atau lebih dikenali Abu Abdillah diterima pakai dan mendapat sokongan para sahabat. Strategi Salman memang belum pernah diperkenalkan oleh mana-mana bangsa Arab sekalipun pada waktu itu.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, Salman dikirim untuk menjadi garbenor di daerah kelahirannya, hingga dia wafat.
 
(Diolah dari: Wikipedia, The Search for The Truth -by a Man Known as Salman the Persian karangan Dr Saleh as-Saleh, dan sumber-sumber lainnya.)


TADABBUR AL-QURAN 1.4


KEANGKUHAN BANI ISRAEL SETELAH DIBERI NIKMAT

Intisari Ayat (Al-Baqarah:58-62)



Lalu, ketika Bani Israel masuk bandar Baitul Maqdis, Allah memerintahkan Nabi Musa untuk menyeru kaumnya supaya tidak alpa dan tidak angkuh seperti dalam Firman-Nya yg bermaksud : "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik".

Namun begitu,setelah Bani Israel menetap di Baitul Maqdis,..Muncullah sebilangan masyarakat yg zalim dan menderhaka dgn perintah Allah malah telah menukarkan ayat perintah Allah yg dibawa Nabi Musa dgn sesuka hati mereka tanpa memikirkan azab Allah SWT..Lantas, Allah turunkan azab bala bencana yg dasyat,..diturunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa  berlaku fasik (menderhaka).

Setelah itu,ketika Kaum Bani Israel terputus bekalan air buat seketika lamanya,.. Seluruh kaum masyarakat menyatakan penderitaan yang tak tertahan dek ujian Allah berikan lalu mengadu kepada Nabi Musa memohon doa kepada Allah untuk mengembalikan bekalan air yg terputus. Berkat doa Nabi Musa lantas Allah memerintahkan Nabi Musa untuk memukul batu dengan tongkatnya seperti dalam firman-Nya yg bmksud:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Allah SWT berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
 
Selawat dan Syukur diatas setiap pemberian Allah SWT walau sebesar zahrah sekalipun kerana nikmat Allah turunkan itu hakikatnya setitis nikmat-Nya di Bumi. Tetapi sebaliknya berlaku kepada Kaum Bani Israel,di mana setelah menerima nikmat makanan & minuman iaitu Manna dan Salwa.Tidak dinafikan kedua-dua makanan ini yg telah mnjadi rutin makanan bagi Kaum Bani Isreal dipertikaikan oleh mereka sndiri dgn beralasan sudah jemu dgn sejenis makanan shaja,...Lalu mengadu kepada  Nabi Musa A.S untuk memohon kepada Allah makanan yg berbeza bgi mereka,..Lalu dimakbulkan Allah SWT,..

{Selain itu Bani Israel suka bertindak membunuh nabi-nabi yang lahir dlm kalangan mereka,..Mereka bertindak membunuh dgn alasan-alasan yang tidak benar(sengaja mencari punca ksalahan Nabi.}

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Siri Peingislaman SALMAN AL-FARISI

Asbabun Nuzul(Ayat Al-Baqarah:62)

Telah menjelaskan al-Suddi,bahawa ayat ini diturunkan berkaitan dengan para rakan rapat Salman Al-Farisi. Mereka memeluk agama Nasrani dan belum memeluk agama yang dibawa ajaran Muhammad SAW. Mereka yang sungguh beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,meskipun masih tetap memeluk agama semula,ibadah mereka tetap diterima dan mendapat pahala daripada Allah SWT....

(HADIS SAHIH,RIWAYAT IBN ABI HATIM DAN AL-ADNI)




yesterdays are still in memories

those memories teemed with mysteries

yet, bitter pills reign scratching this ugly heart

again, enshrining my newborn minds


i saw some people over laughing

while others are enjoying

and don't even care about their errands in lives

i was thinking,

i was just like them before


no one would ever know how it feels

how could there were no rains in December days

when umbrellas were already been prepared

but all of those things just vanished away


all of my beautiful days

seems like were all been fully written...

sometimes i tried to be the best i can

ensuring my faith, while holding it in hand

still, shamefulness emerges everytime i lost

lost in every tests You've tried on me


i just need You to love me

and You know i'm shy to tell about how i feel

and afraid if this feelings don't deserves for You

but, is there any space for a man like me in Your sight?


Oh, Allah..

thanks for everything

thanks for all the chances you left me..

hold my hand, oh please hold it Lord,

i can't handle all of these without you,

dont bring me back on my past.

jom berlari!



Bismillahirrohmanirrahim 

pada suatu petang yg sepi
aku duduk termangu seorang diri
melihat diri makin berisi
lantas berfikir utk berlari
meletakkan suatu misi yg pasti aku ingin penuhi..

lalu aku bersiap diri
bergerak ke tasik di sini
di daerah miri

ku melihat ramai orang di sini
tekun berlari-lari
tidak kurang juga merehat diri
melihat-lihat orang berlari

laluku hembusi nafas ini
tekad untuk berlari
terus ku mulakan misi
misi untuk berlari

tika aku sedang berlari
aku melihat diri
semua otot dan sendi ku lihat beraksi
apatah lagi jantung ini
mula menguatkan denyutan dengan sendiri
tanpa arahan di beri..
aku memerhati..

tika aku sedang berlari
aku terfikir mengenai diri
apa akan terjadi
jika suatu hari aku berhenti berlari
tidakkah padah membawa diri?
badan mula berisi
sukar untuk bergerak ke sana-sini
di tegur ke mana sahaja ku pergi
aku semakin chubby
lagi-lagi perasaan malas menguasai diri
sungguh bahaya sekali..
oleh sebab itu, aku tidak mahu berhenti berlari..

tika aku sedang berlari..
tiba-tiba terasa sakit di ulu hati
tanda sudah lama ku berhenti berlari...
terasa ingin berhenti..
terasa bagai pedang yang tajam menyucuk di hati..

TIDAk!!
aku berlari membawa misi!
tidak boleh berhenti selagi tidak sampai ke destinasi
andai ku berhenti...sukar untuk aku mula berlari kembali
andaiku berhenti, takut ku leka dengan kenikmatan yang di beri
jika ku berhenti, takut menjadi orang yang melihat di tepi-tepi
aku tidak boleh berhenti!!
aku kene terus berlari
sehingga sampai ke destinasi
walaupon terasa sakit di ulu hati
jgn manjakan diri!

tika aku sedang berlari
ku cuba gagahi langkah ini
walaupon perlahan sekali
aku tidak boleh berhenti
aku tidak boleh berhenti..

selepas beberapa ketika..
kesakitan di ulu hati tiada lagi..
aku kembali berlari
lebih laju lagi...
tanpa mengambil peduli orang yang memerhati
kerana lari ini membawa misi..
lari ini bukan sekadar berlari
ia mempunyai makna yang lebih lagi

ketika aku sedang berlari
aku telah nampak akan destinasi
aku cuba berlari laju lagi..
supaya aku boleh sampai cepat lagi..

sampai juga aku ke destinasi..
aku memperlahankan langkah berlari..
bersedia untuk berjalan kaki

pelik! nafas yang tercungap-cungap tidak ku dengari
rupanya aku belum berlari sepenuh hati...
aku mampu untuk pergi jauh lagi!!
begitu juga dlm perjuangan suci ini...

Aku dan Matlamat?


ISLAM?? dan TELUR???
seandainya MATLAMAT ISLAM ibarat KUNING telurnya..
Ingin ku pilih menjadi KUNING nya...
AGAR dapat ku tadbir menerajuinya,...
seAndainya shabat2 MUJAHIDIN ku ibarat PUTIH telurnya,..
pastikan kalian mjadi "sbagian" untuk mebantuku,..
kalian juga akan ku jadikan sbgai pembimbingku...
seAndainya kita BERSATU,...

ANDAI KITA bersatu di DALAM DAULAH YG SATU,...
semestinya ISLAM menjadi GEMILANG seperti DULU...
"BUMI PALESTINA" bebas DARI BELENGGU..
ANDAI KITA BERSATU...
DALAM MATLAMAT YANG SATU...
Namun,...
itu tidak akan terjadi,.
slagi diriku shaja yg menyertai,..
xkan mengubah suatu dimensi,..
selagi shabat ku tidak trut serta dalam PERJUANGAN INI...
dan mungkin,...
akan tinggal "AKU dan MATLAMAT"....


hasil nukilan : halim_hunterz

Sharing hadith ghulam



Hadis Ghulam

untuk merujuk terjemahan hadith yang asal, sila klik sini.

di bawah ini dikongsikan, hasil tulisan pemahaman seseorang, moga bermanfaat :

Nabi Muhammad s.a.w telah meriwayatkan sebuah kisah kepada para sahabat mengenai seorang ghulam atau budak yang turut diceritakan di dalam Al-Quran. Hadis ini menceritakan tentang kisah seorang budak istimewa yang kita perlu renungkan bersama. Tersebut al kisah pada zaman dahulu seorang budak telah terpilih untuk mewarisi ilmu sihir daripada seorang ahli sihir yang bertuankan seorang raja yang menganggap dirinya sebagai tuhan pada masa tersebut. Takdir telah menentukan budak tersebut bertemu dengan seorang rahib serta diajarkan mengenai agama islam kepadanya. keyakinannya terhadap Islam begitu kuat serta telah dibuktikan dengan kematian seekor singa yang menjadi tanda kebenaran ajaran agama Islam. Beliau telah memanfaatkan ilmu sihir yang dipelajari untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat pada zaman tersebut. Beliau mampu merawat berbagai penyakit dengan ilmu yang dimilikinya selama ini. Ramai yang telah memeluk agama Islam pada ketika itu kerana turut mengakui tuhan budak tersebut iaitu Allah. Hal ini telah sampai kepengetahuan raja yang zalim tersebut. Raja menjadi murka dan telah menyeksa budak tersebut namun ia langsung tidak mematahkan semangat dan menggugat kepercayaanya terhadap agama Islam sebagai ajaran yang sebenar. Pelbagai cubaan membunuh telah dilakukan terhadap budak tersebut namun gagal kerana Allah sentiasa bersamanya dan menolongnya. Pada akhirnya budak tersebut menyelesaikan langkahnya yang terakhir dalam menegakkan agama Islam sambil disaksikan oleh seluruh masyarakat pada tempat itu. Raja yang zalim tersebut turut mengakui tuhan budak tersebut sebagai jalan terakhir bagi membunuh budak tersebut. Kesan daripada pengorbanan tersebut telah menyebabkan ramai masyrakat telah percaya dan memeluk islam. Mereka semua akhirnya rela mati daripada mengakui raja tersebut sebagai tuhan.

Kisah ini memberi teladan kepada kita bahawa pengorbanan amat diperlukan sekiranya ingin menegakkan agama Islam. Ghulam yang diceritakan di dalam kisah tersebut mengingatkan kepada kita bahawa menyebarkan dakwah bukanlah suatu perkara yang mudah. Keyakinannya yang begitu unggul terhadap Islam perlu dicontohi oleh semua muslim sehinggakan tiada suatu pun perkara di dunia ini yang mampu mengubah kepercayan beliau tehadap kebenaran Islam. Walaupun umurnya masih terlalu muda namun beliau tetap berani menyebarkan dakwah dan tidak gentar akan raja yang amat zalim tersebut. Ilmu sihir yang dimanfaatkan dalam menyebarkan dakwah boleh dianggap sebagai suatu keistimewaan untuk mempengaruhi masyarakat memeluk Islam pada masa tersebut. Keistimewaan tersebut adalah ilmu atau kelebihan yang ada dalam diri masing-masing. Marcapada, orang-orang seperti ahli perniagaan, jurutera, peguam dan sebagainya amat dihormati dan berpengaruh. Kedudukan mereka mampu mempengaruhi orang lain serta memudahkan urusan menyebarkan dakwah. Tetapi sebelum itu, timbul persoalan mengenai bagaimanakah iman ghulam ini mampu terbentuk serta membuahkan keyakinan yang jitu terhadap Islam itu sendiri. Rahsianya adalah melalui usrah yang dilakukan antara ghulam dan rahib sebagai cikgu yang mengajarkan islam kepadanya. Ghulam tersebut telah menggunakan kesempatan untuk mendalami agama Islam di samping mempelajari ilmu sihir daripada ahli sihir tersebut. Oleh yang demikian, kita seharusnya berusaha mengejar impian kita untuk menjadi orang yang berguna serta meletakkan dan mempelajari agama Islam sebagai keutamaan di dalam kehidupan seharian.

Sekian terima kasih. - mior amirul rafiq, 10/11/2011

Tadhiah = pengorbanan

apakah pengorbanan kita?

TAFSIR SURAH AN-NAS

Surah An-Nas ini mengandungi 3 tema secara keseluruhannya.

a)Manusia

b)Allah

c)Syaitan

Syaitan merupakan faktor dalaman yang menghalang manusia untuk mengubah diri. Kehadiran syaitan sering dikaitkan dengan unsur jahiliyyah yang sering menghalang manusia untuk melakukan kebaikan. Ia menghalang manusia untuk terus mengingati Allah sebagai Rabb, Malik dan Illah. Tetapi, Allah tidak meninggalkan manusia secara bersendirian. Allah memberi kekuatan kepada manusia untuk berubah melalui konsep akal (faham), hati (perasaan inginkan perubahan) dan jasad (perubahan secara total).

“Tidak ada seorangpun dari kalian melainkan disertai pendamping.” Mereka bertanya, “Dan Anda sendiri, Wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Betul. Akan tetapi Allah telah menolong aku sehingga pendampingku masuk Islam dan ia tidak akan pernah memerintahkan kepadaku kecuali kepada kebaikan.”

Hadis sahih yang diriwayatkan Anas,
Suatu hari, Safiyyah melawat Rasulullah saw ketika beginda sedang beriktikaf. Pada malam tersebut,Rasulullah menemani Safiyyah dan menghantar Safiyyah pulang ke rumahnya. Ketika dalam perjalanan, kelihatan dua orang Ansar sedang memerhati Rasulullah dan Safiyyah. Mereka mula berjalan dengan laju. Rasulullah mula menyedari situasi tersebut lalu berkata, “Berhenti dan perlahan! Ini ialah Safiyyah binti Huyay!”. Kedua-dua golongan Ansar berkata, “Alhamdulillah, wahai Rasulullah”. Rasulullah bersabda, “Syaitan mengalir dalam diri manusia seperti mengalirnya darah. Dan ia akan membisikkan sesuatu ke dalam hati manusia iaitu kejahatan”.

Menurut dari Tafsir Fi Zilal Quran oleh Syed Qutb,

Surah ini terdiri daripada 2 bahagian :

Bahagian 1
1. Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhannya manusia”.
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia.

Allah mempamerkan sifatnya melalui sifat Rabb yang Khaliq (menciptakan), Razak (pemberi rezeki) dan Malik (pemilik mutlak).

Allah sebagai khaliq (menciptakan) manusia mesti mempunyai tujuan kan? Analogynya, tidak mungkin manusia menciptakan robot sekadar suka-suka tanpa mengambil kelebihan daripadanya. Manusia diciptakan untuk beribadah dan sebagai khalifah di muka bumi ini (2:30 dan 51:56).
Manusia hidup dengan diberikan pilihan. Pilihan untuk bersama Allah dan mengikut segala perintahnya atau sebaliknya. Tidak seperti tumbuhan yang diciptakan hanya untuk membuat makanannya sendiri dan hanya taat sepenuhnya pada Allah.

Allah memiliki sifat Razak (pemberi rezeki). Terlalu banyak nikmat yang diberikan Allah dan manusia tidak akan pernah mampu menghitungnya. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikanNya! =)
Allah juga bersifat Malik (pemilik mutlak). Sifat ini terbahagi kepada 3 bahagian :
a) Wali (penjaga)
b) Amir (pemimpin)
c) Hakim (penggubal undang-undang)

Manusia seharusnya meletakkan Allah sebagai tempat utama sebagai Illah dan matlamat utama kehidupan ini untuk mencapai keredhaanNya. Taat dan patuh dengan segala perintah merupakan satu langkah untuk mendekatkan diri ini kepada Nya.

Bahagian 2
Mari kita mengenali sifat-sifat syaitan yang dikatakan dalam ayat-ayat ini :
4. Dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi.
5. Yang membisikkan (kejahatan ke dalam dada manusia)
6. Dari golongan jin dan manusia

Sifat
-Keburukkan , was2, tersembunyi
-Ragu2 dengan tujuan jahat ..
-Tersembunyi supaya kita ambil perhatian (hati-hati) sukar dikesan

Kerja
-Menimbulkan keraguan dalam dada manusia
-Apa yang ada dalam dada manusia? Hati.

Jenis
-Terdiri daripada Manusia dan jin (Surah kahfi 18:50)

Said bin Jubayr meriwayatkan bahawa Ibn Abbas pernah berkata,
“Syaitan sering mencucuk ke dalam hati anak Adam. Apabila manusia kehilangan arah, syaitan berbisik dan apabila manusia mengingati Allah, syaitan menghilang. (Tafsir At-Tabari 24:709)
Al-Awfi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas,
Bisikan.

“Dia ialah syaitan. Dia berbisik dan apabila manusia taat pada Allah, dia menghilang”. (Tafsir At-Tabari 24: 710)
Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia.
Secara generalnya, manusia ini terdiri daripada golongan anak Adam secara keseluruhannya. Adakah jin juga termasuk dalam golongan ini?

Ibn Jarir mengatakan, “Rijalun min Al-Jinn (Manusia dari kalangan Jin)”. Tidak hairanlah mengatakan bahawa Jin juga termasuk dalam golongan ini.

Dari golongan jin dan manusia.

Ayat di atas menyokong pendapat Ibn Jarir di atas yang mengatakan bahawa jin juga terlibat dalam menyesatkan manusia.

“Dan demikianlah untuk setiap nabi Kami menjadikan musuh yang terdiri dari setan-setan manusia dan jin,sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang indah sebagai tipuan. Dan kalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak akan melakukannya, maka biarkan mereka bersama kebohongan yang mereka ada-adakan”. (6:112)

Abu dzar berkata, “ Aku pernah datang menjumpai Nabi yang ketika itu sedang berada didalam masjid, lalu beliau mengatakan, ‘ Hai Abu dzar, apakah kamu sudah shalat?’ Aku jawab, ‘Belum.’ Nabi saw mengatakan, ‘berdirilah dan shalatlah.’ Maka, akupun berdiri dan shalat. Setelah itu akupun duduk. Lalu beliau bersabda, ‘Hai, Abu Dzar, berlindunglah kepada Allah dari kejahatan setan jin dan manusia.’ Aku bertanya, ‘ Ya Rasulullah, apakah dikalangan manusia juga ada setannya?’ Rasulullah menjawab, Benar.” HR. Ahmad

Kesimpulannya, Allah sering memberi peringatan kepada manusia supaya mengelakkan hati daripada dipengaruhi oleh unsur kejahatan yang sering dibisikkan oleh syaitan. Syaitan sudah berjanji bahawa mereka akan terus-terusan menyesatkan manusia hingga hari kiamat. Berlindunglah pada Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan yang sering memberikan kekuatan kepada hamba-hambaNya yang beriman.

Sebagai seorang yang ingin melaksanakan 2 tujuan hidupnya, abid dan daie (khalifah), menjadi keperluan pada diri untuk terus-terusan memohon kekuatan daripada Allah dalam menangkis jahiliyyah dalam diri.. KITA perlu kuat untuk turut sama memberi kekuatan pada orang lain.. Faktor dalaman sering menghakis perasaan perhambaan dan kecintaan pada Allah.. Pengaruh dari syaitan tak pernah putus-putus berlari berkejaran dengan hambaNya untuk mencapai ke garisan penamat iaitu membawa manusia ke arah tujuan hidup masing-masing.. Ya Allah,bantulah kami sebagai hamba-Mu ini utk terus-terusan kuat dalam menangkis anasir-anasir luar yang akhirnya membawa kami semakin jauh daripadaMu..

JIKA KITA SEMAKIN BERLARI, DIA BERLARI SEMAKIN LAJU.. JIKA KITA BERHENTI BERLARI, DIA AKAN TERUS-TERUSAN BERLARI MELEPASI KITA..

Oleh itu, bangkitlah wahai para duat sekalian.. Jangan biarkan jahiliyyah ini menangkis dan menang dalam pertarungan ini.. AYUH!!

Semoga tulisanku ini datangnya daripada Allah dan semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Wallahualam..

Api : kecil2 jadi kawan, besar2 jadi lawan, Syaitan : sentiasa menjadi lawan manusia yang akan cuba membawa manusia untuk bersama-samanya ke neraka

Kebebasan


assalamualaikum,

Kalau dilihat tajuk entry kali ni.. kebebasan.. semua orang menginginkan satu bentuk kebebasan yang abadi.. tidak terbelenggu dari "penjajahan". Sememangnya, ramai dari kalangan manusia belakangan ini merasakan diri mereka sudah bebas. tetapi sebenarnya TIDAK!! kerana apa? kerana hakikat kebebasan yang dirasai manusia pada ketika ini adalah satu kebebasan yang palsu.. jadi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebebasan ya??

SISTEM MANUSIA BIASA : Kita cuba imbau kenangan silam diri kita.. detik2 kelahiran kita di bumi, ibu kita menyusukan kita, kita membesar, masuk tadika, membesar lagi, masuk sekolah rendah, menghadapi pelbagai ujian bulanan, peperiksaan, UPSR, membesar lagi, masuk sekolah menengah, kena ambil bermacam-macam lagi ujian bulanan, peperiksaan akhir tahun, kena belajar sampai nak pecah otak ( betul ke?), ambil PMR, SMA (sijil menengah agama), SPM, dan AKHIRNYA.... (belum berakhir lagi...) tamat persekolahan.. kita membesar lagi.. tahniah, melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, seterusnya ke universiti ternama, terpaksa bersengkang mata tak tidur malam menyiapkan ASSIGNMENTS, TUTORIALS, PRESENTATIONS, dll. melalui bermacam2 test, quiz, exam, hingga graduasi, mendapat tawaran bekerja, berkahwin, naik pangkat, dapat anak,  pencen, duduk rumah, pulang ke rahmat Allah.

KEBEBASAN APAKAH INI?

Bukanlah saya nak menidakkan keperluan untuk kita belajar, tapi adakah kita merasa bebas yang dalam erti kata lain, merasa tenang dengan hidup kita?jom kita perah otak, pecahkan kepala, cuba fikirkan, adakah dengan kita berada dalam SISTEM MANUSIA BIASA (seperti yang tertulis di atas), kita bakal mendapatkan satu bentuk kebebasan yang hakiki??apa yang dikatakan kebebasan yang hakiki itu??bagaimana untuk mendapatkannya??

Jom kita renung-renungkan, fikir dan komen.. hehe.. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Readers