Recap Surah An-Nas, ingat lagi?

TAFSIR SURAH AN-NAS

Surah An-Nas ini mengandungi 3 tema secara keseluruhannya.

a)Manusia

b)Allah

c)Syaitan

Syaitan merupakan faktor dalaman yang menghalang manusia untuk mengubah diri. Kehadiran syaitan sering dikaitkan dengan unsur jahiliyyah yang sering menghalang manusia untuk melakukan kebaikan. Ia menghalang manusia untuk terus mengingati Allah sebagai Rabb, Malik dan Illah. Tetapi, Allah tidak meninggalkan manusia secara bersendirian. Allah memberi kekuatan kepada manusia untuk berubah melalui konsep akal (faham), hati (perasaan inginkan perubahan) dan jasad (perubahan secara total).

“Tidak ada seorangpun dari kalian melainkan disertai pendamping.” Mereka bertanya, “Dan Anda sendiri, Wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Betul. Akan tetapi Allah telah menolong aku sehingga pendampingku masuk Islam dan ia tidak akan pernah memerintahkan kepadaku kecuali kepada kebaikan.”

Hadis sahih yang diriwayatkan Anas,
Suatu hari, Safiyyah melawat Rasulullah saw ketika beginda sedang beriktikaf. Pada malam tersebut,Rasulullah menemani Safiyyah dan menghantar Safiyyah pulang ke rumahnya. Ketika dalam perjalanan, kelihatan dua orang Ansar sedang memerhati Rasulullah dan Safiyyah. Mereka mula berjalan dengan laju. Rasulullah mula menyedari situasi tersebut lalu berkata, “Berhenti dan perlahan! Ini ialah Safiyyah binti Huyay!”. Kedua-dua golongan Ansar berkata, “Alhamdulillah, wahai Rasulullah”. Rasulullah bersabda, “Syaitan mengalir dalam diri manusia seperti mengalirnya darah. Dan ia akan membisikkan sesuatu ke dalam hati manusia iaitu kejahatan”.

Menurut dari Tafsir Fi Zilal Quran oleh Syed Qutb,

Surah ini terdiri daripada 2 bahagian :

Bahagian 1
1. Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhannya manusia”.
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia.

Allah mempamerkan sifatnya melalui sifat Rabb yang Khaliq (menciptakan), Razak (pemberi rezeki) dan Malik (pemilik mutlak).

Allah sebagai khaliq (menciptakan) manusia mesti mempunyai tujuan kan? Analogynya, tidak mungkin manusia menciptakan robot sekadar suka-suka tanpa mengambil kelebihan daripadanya. Manusia diciptakan untuk beribadah dan sebagai khalifah di muka bumi ini (2:30 dan 51:56).
Manusia hidup dengan diberikan pilihan. Pilihan untuk bersama Allah dan mengikut segala perintahnya atau sebaliknya. Tidak seperti tumbuhan yang diciptakan hanya untuk membuat makanannya sendiri dan hanya taat sepenuhnya pada Allah.

Allah memiliki sifat Razak (pemberi rezeki). Terlalu banyak nikmat yang diberikan Allah dan manusia tidak akan pernah mampu menghitungnya. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikanNya! =)
Allah juga bersifat Malik (pemilik mutlak). Sifat ini terbahagi kepada 3 bahagian :
a) Wali (penjaga)
b) Amir (pemimpin)
c) Hakim (penggubal undang-undang)

Manusia seharusnya meletakkan Allah sebagai tempat utama sebagai Illah dan matlamat utama kehidupan ini untuk mencapai keredhaanNya. Taat dan patuh dengan segala perintah merupakan satu langkah untuk mendekatkan diri ini kepada Nya.

Bahagian 2
Mari kita mengenali sifat-sifat syaitan yang dikatakan dalam ayat-ayat ini :
4. Dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi.
5. Yang membisikkan (kejahatan ke dalam dada manusia)
6. Dari golongan jin dan manusia

Sifat
-Keburukkan , was2, tersembunyi
-Ragu2 dengan tujuan jahat ..
-Tersembunyi supaya kita ambil perhatian (hati-hati) sukar dikesan

Kerja
-Menimbulkan keraguan dalam dada manusia
-Apa yang ada dalam dada manusia? Hati.

Jenis
-Terdiri daripada Manusia dan jin (Surah kahfi 18:50)

Said bin Jubayr meriwayatkan bahawa Ibn Abbas pernah berkata,
“Syaitan sering mencucuk ke dalam hati anak Adam. Apabila manusia kehilangan arah, syaitan berbisik dan apabila manusia mengingati Allah, syaitan menghilang. (Tafsir At-Tabari 24:709)
Al-Awfi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas,
Bisikan.

“Dia ialah syaitan. Dia berbisik dan apabila manusia taat pada Allah, dia menghilang”. (Tafsir At-Tabari 24: 710)
Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia.
Secara generalnya, manusia ini terdiri daripada golongan anak Adam secara keseluruhannya. Adakah jin juga termasuk dalam golongan ini?

Ibn Jarir mengatakan, “Rijalun min Al-Jinn (Manusia dari kalangan Jin)”. Tidak hairanlah mengatakan bahawa Jin juga termasuk dalam golongan ini.

Dari golongan jin dan manusia.

Ayat di atas menyokong pendapat Ibn Jarir di atas yang mengatakan bahawa jin juga terlibat dalam menyesatkan manusia.

“Dan demikianlah untuk setiap nabi Kami menjadikan musuh yang terdiri dari setan-setan manusia dan jin,sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang indah sebagai tipuan. Dan kalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak akan melakukannya, maka biarkan mereka bersama kebohongan yang mereka ada-adakan”. (6:112)

Abu dzar berkata, “ Aku pernah datang menjumpai Nabi yang ketika itu sedang berada didalam masjid, lalu beliau mengatakan, ‘ Hai Abu dzar, apakah kamu sudah shalat?’ Aku jawab, ‘Belum.’ Nabi saw mengatakan, ‘berdirilah dan shalatlah.’ Maka, akupun berdiri dan shalat. Setelah itu akupun duduk. Lalu beliau bersabda, ‘Hai, Abu Dzar, berlindunglah kepada Allah dari kejahatan setan jin dan manusia.’ Aku bertanya, ‘ Ya Rasulullah, apakah dikalangan manusia juga ada setannya?’ Rasulullah menjawab, Benar.” HR. Ahmad

Kesimpulannya, Allah sering memberi peringatan kepada manusia supaya mengelakkan hati daripada dipengaruhi oleh unsur kejahatan yang sering dibisikkan oleh syaitan. Syaitan sudah berjanji bahawa mereka akan terus-terusan menyesatkan manusia hingga hari kiamat. Berlindunglah pada Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan yang sering memberikan kekuatan kepada hamba-hambaNya yang beriman.

Sebagai seorang yang ingin melaksanakan 2 tujuan hidupnya, abid dan daie (khalifah), menjadi keperluan pada diri untuk terus-terusan memohon kekuatan daripada Allah dalam menangkis jahiliyyah dalam diri.. KITA perlu kuat untuk turut sama memberi kekuatan pada orang lain.. Faktor dalaman sering menghakis perasaan perhambaan dan kecintaan pada Allah.. Pengaruh dari syaitan tak pernah putus-putus berlari berkejaran dengan hambaNya untuk mencapai ke garisan penamat iaitu membawa manusia ke arah tujuan hidup masing-masing.. Ya Allah,bantulah kami sebagai hamba-Mu ini utk terus-terusan kuat dalam menangkis anasir-anasir luar yang akhirnya membawa kami semakin jauh daripadaMu..

JIKA KITA SEMAKIN BERLARI, DIA BERLARI SEMAKIN LAJU.. JIKA KITA BERHENTI BERLARI, DIA AKAN TERUS-TERUSAN BERLARI MELEPASI KITA..

Oleh itu, bangkitlah wahai para duat sekalian.. Jangan biarkan jahiliyyah ini menangkis dan menang dalam pertarungan ini.. AYUH!!

Semoga tulisanku ini datangnya daripada Allah dan semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Wallahualam..

Api : kecil2 jadi kawan, besar2 jadi lawan, Syaitan : sentiasa menjadi lawan manusia yang akan cuba membawa manusia untuk bersama-samanya ke neraka

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Readers