Sharing hadith ghulam



Hadis Ghulam

untuk merujuk terjemahan hadith yang asal, sila klik sini.

di bawah ini dikongsikan, hasil tulisan pemahaman seseorang, moga bermanfaat :

Nabi Muhammad s.a.w telah meriwayatkan sebuah kisah kepada para sahabat mengenai seorang ghulam atau budak yang turut diceritakan di dalam Al-Quran. Hadis ini menceritakan tentang kisah seorang budak istimewa yang kita perlu renungkan bersama. Tersebut al kisah pada zaman dahulu seorang budak telah terpilih untuk mewarisi ilmu sihir daripada seorang ahli sihir yang bertuankan seorang raja yang menganggap dirinya sebagai tuhan pada masa tersebut. Takdir telah menentukan budak tersebut bertemu dengan seorang rahib serta diajarkan mengenai agama islam kepadanya. keyakinannya terhadap Islam begitu kuat serta telah dibuktikan dengan kematian seekor singa yang menjadi tanda kebenaran ajaran agama Islam. Beliau telah memanfaatkan ilmu sihir yang dipelajari untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat pada zaman tersebut. Beliau mampu merawat berbagai penyakit dengan ilmu yang dimilikinya selama ini. Ramai yang telah memeluk agama Islam pada ketika itu kerana turut mengakui tuhan budak tersebut iaitu Allah. Hal ini telah sampai kepengetahuan raja yang zalim tersebut. Raja menjadi murka dan telah menyeksa budak tersebut namun ia langsung tidak mematahkan semangat dan menggugat kepercayaanya terhadap agama Islam sebagai ajaran yang sebenar. Pelbagai cubaan membunuh telah dilakukan terhadap budak tersebut namun gagal kerana Allah sentiasa bersamanya dan menolongnya. Pada akhirnya budak tersebut menyelesaikan langkahnya yang terakhir dalam menegakkan agama Islam sambil disaksikan oleh seluruh masyarakat pada tempat itu. Raja yang zalim tersebut turut mengakui tuhan budak tersebut sebagai jalan terakhir bagi membunuh budak tersebut. Kesan daripada pengorbanan tersebut telah menyebabkan ramai masyrakat telah percaya dan memeluk islam. Mereka semua akhirnya rela mati daripada mengakui raja tersebut sebagai tuhan.

Kisah ini memberi teladan kepada kita bahawa pengorbanan amat diperlukan sekiranya ingin menegakkan agama Islam. Ghulam yang diceritakan di dalam kisah tersebut mengingatkan kepada kita bahawa menyebarkan dakwah bukanlah suatu perkara yang mudah. Keyakinannya yang begitu unggul terhadap Islam perlu dicontohi oleh semua muslim sehinggakan tiada suatu pun perkara di dunia ini yang mampu mengubah kepercayan beliau tehadap kebenaran Islam. Walaupun umurnya masih terlalu muda namun beliau tetap berani menyebarkan dakwah dan tidak gentar akan raja yang amat zalim tersebut. Ilmu sihir yang dimanfaatkan dalam menyebarkan dakwah boleh dianggap sebagai suatu keistimewaan untuk mempengaruhi masyarakat memeluk Islam pada masa tersebut. Keistimewaan tersebut adalah ilmu atau kelebihan yang ada dalam diri masing-masing. Marcapada, orang-orang seperti ahli perniagaan, jurutera, peguam dan sebagainya amat dihormati dan berpengaruh. Kedudukan mereka mampu mempengaruhi orang lain serta memudahkan urusan menyebarkan dakwah. Tetapi sebelum itu, timbul persoalan mengenai bagaimanakah iman ghulam ini mampu terbentuk serta membuahkan keyakinan yang jitu terhadap Islam itu sendiri. Rahsianya adalah melalui usrah yang dilakukan antara ghulam dan rahib sebagai cikgu yang mengajarkan islam kepadanya. Ghulam tersebut telah menggunakan kesempatan untuk mendalami agama Islam di samping mempelajari ilmu sihir daripada ahli sihir tersebut. Oleh yang demikian, kita seharusnya berusaha mengejar impian kita untuk menjadi orang yang berguna serta meletakkan dan mempelajari agama Islam sebagai keutamaan di dalam kehidupan seharian.

Sekian terima kasih. - mior amirul rafiq, 10/11/2011

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Readers